Tempahan Rawatan Solat Hajat


  1. Tempahan Rawatan Solat Hajat ini dibuka kepada Pesakit yang tidak berupaya menghadirkan diri di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ disebabkan oleh jarak perjalanan yang jauh, masalah kelapangan cuti, keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan atau masalah lain yang tidak dapat dielakkan. 
  2. Segala maklumat berkaitan Penempah dan Pesakit adalah SULIT dan akan DIRAHSIAKAN, kecuali kepada Imam dan Perawat sahaja. Sekiranya anda memilih Solat Hajat di Masjid; maka Nama Pesakit dan jenis Penyakit/Masalah sahaja akan dimaklumkan kepada para Jemaah Masjid. 
  3. Sesi Solat Hajat + Zikirullah + Doa-doa Mustajab di PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ akan dilaksanakan selepas Solat Maghrib atau Isyak. Penempah akan dimaklumkan melalui SMS/WhatsApp. 
  4. Sesi Solat Hajat + Doa-doa Mustajab di Masjid akan dilaksanakan selepas Solat Maghrib atau Isyak. Penempah akan dimaklumkan melalui SMS/WhatsApp. 
  5. Segala Rawatan Solat Hajat di atas akan diuruskan dan dilaksanakan dalam masa secepat yang mungkin, tertakluk kepada jadual Perawat serta Masjid; hanya selepas Kadar Sumbangan berjaya diterima. 
  6. Sumbangan anda amatlah dihargai untuk membolehkan PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM™ terus beroperasi, merawat Pesakit lain, berdakwah, berjihad di jalan Allah dan terus berkembang. Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala kebaikan dan jasabaik anda dengan ganjaran dan pahala yang berlipat-kali ganda. 
  7. Segala penyembuhan dan kemujaraban adalah dengan izin, kehendak dan kuasa Allah SWT jua. In shaa Allah.